Sunday 28 April 2013

KURSUS PRA PERKAHWINAN SESI 2013


KURSUS PRA PERKAHWINAN SESI 2013




     
     Pada 23 dan 24 April 2013 (Jumaat dan Sabtu), Jawantankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Sultan Mizan dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Besut telah mengadakan Kursus Pra Perkahwinan Islam Sesi 2013 bertempat di Dewan Al Kindi IPGKSM. Seramai 145 peserta telah menyertai kursus ini dengan jayanya selama dua hari yang bermula dari 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.

     Objektif kursus ini adalah untuk mepersiapkan diri para peserta khususnya kepada calon-calon yang ingin berkahwin dengan ilmu-ilmu kekeluargaan dan rumah tangga agar masjid yang dibina indah dihiasi syariat islam. Di samping itu, merancang masa hadapan dengan lebih teliti dan telus demi kesejahteraan hidup.
   
    Alhamdullillah, kursus ini mendapat komentar yang baik daripada  para peserta dan mereka berharap agar kursus ini dapat diteruskan lagi untuk sesi akan datang. Semoga 'baitul mawaddah' yang akan terbina memberi saham untuk ke syurga kelak. 

"Cinta itu akan hilang dengan hilangnya sebab" (Ibn Qayyim)
Jika tidak mahu cinta itu lenyap, maka sandarkanlah cintamu pada Yang-Abadi.....yakni Allah.















No comments:

Post a Comment