Sunday 28 April 2013

KURSUS PRA PERKAHWINAN SESI 2013


KURSUS PRA PERKAHWINAN SESI 2013




     
     Pada 23 dan 24 April 2013 (Jumaat dan Sabtu), Jawantankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Sultan Mizan dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Besut telah mengadakan Kursus Pra Perkahwinan Islam Sesi 2013 bertempat di Dewan Al Kindi IPGKSM. Seramai 145 peserta telah menyertai kursus ini dengan jayanya selama dua hari yang bermula dari 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.

     Objektif kursus ini adalah untuk mepersiapkan diri para peserta khususnya kepada calon-calon yang ingin berkahwin dengan ilmu-ilmu kekeluargaan dan rumah tangga agar masjid yang dibina indah dihiasi syariat islam. Di samping itu, merancang masa hadapan dengan lebih teliti dan telus demi kesejahteraan hidup.
   
    Alhamdullillah, kursus ini mendapat komentar yang baik daripada  para peserta dan mereka berharap agar kursus ini dapat diteruskan lagi untuk sesi akan datang. Semoga 'baitul mawaddah' yang akan terbina memberi saham untuk ke syurga kelak. 

"Cinta itu akan hilang dengan hilangnya sebab" (Ibn Qayyim)
Jika tidak mahu cinta itu lenyap, maka sandarkanlah cintamu pada Yang-Abadi.....yakni Allah.















Monday 15 April 2013

MISI, VISI DAN BIDANG TUGAS





BIRO KEROHANIAN, MORAL DAN DISIPLIN 2013


MISI

Melahirkan insan kamil yang mengikut acuan Al-Quran dan As-Sunnah yang berteraskan budaya IPG.


VISI

Memperkasakan intelek, emosi, rohani dan jasmani bertunjangkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

BIDANG TUGAS:

• Bertanggungjawab dalam merancang aktiviti berbentuk dakwah dan kerohanian yang dapat memberikan pendidikan kepada guru pelatih dan warga IPG.

• Membantu Jabatan HEP dan JAPIM dalam mengendalikan sambutan hari-hari kebesaran Islam.

• Merancang dan melaksanakan kempen penghayatan nilai-nilai Islam dalam kalangan mahasiswa/i.

• Merancang dan mengendalikan Karnival Penghayatan Islam.

CARTA ORGANISASI BIRO KEROHANIAN, MORAL DAN DISIPLIN 2013




BIRO KEROHANIAN, MORAL DAN DISIPLIN 2013

CARTA ORGANISASI



PENSYARAH PENASIHAT
UST. MOHAMMAD KAMIL BIN JAAFAR
(PENSYARAH JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL)




KETUA BIRO
MUHAMMAD SUYUTHI BIN ABDUL SAMAD
(5 PISMP PENGAJIAN DAN AL QURAN 1)



TIMBALAN BIRO
MUHAMMAD AZLIN BIN ANUAR
(2 PPISMP BAHASA ARAB)



SETIAUSAHA
HUSNA HAFIZA BINTI ABDUL SHUKUR
(2 PPISMP BAHASA ARAB)


AHLI JAWATANKUASA


MOHD HAFIZUDDIN BIN ROSDI
(2 PPISMP BAHASA ARAB)




VEHNOO PIRIEYAN A/L SUBRAMANIAN
(3 PISMP TESL 2)



NUR SYAZA BINTI MOHAMAD ROSLI
(2 PPISMP BAHASA ARAB)




NURUL NAZIHAH BINTI JAMILKHAIR
(2 PPISMP BAHASA ARAB)